USAHA MENYATUKAN UMAT MELAYU DI BAWAH PANJI-PANJI ISLAMUSAHA MEMERANGI GOLONGAN ANTIHADISMinda Rakyat Pertama sekali perlulah kita mengucapkan syabas kepada YB Tuan Taib Azmudden Md Taib, AP Baling yang begitu prihatin terhadap satu golongan yang menjadi 'duri dalam daging' kepada penyatuan dan perpaduan umat Islam hari ini. Hasil dari fatwa songsang mereka maka umat Islam tinggal dalam keadaan 'terkeliru' dan demi kepentingan politik dan kuasa mereka begitu rakus menolak agenda yang di bawa dari kitab suci Al-Quran dan Hadis Nabi. Perkara ini ditimbulkan dalam perbahasan pada 30 Mac lalu, antara lain AP Baling itu meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kumpulan antihadis dianggap sebagai ajaran salah dan sejauh manakah tindakan dan pelaksanaan fatwa (jika ada) kerajaan terhadap golongan antihadis. Dalam jawapannya yang diwakili oleh Menteri Yang Tewas Dalam Pilihanraya, Dato' Paduka Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman, kerajaan mendakwa muzakarah khas fatwa kebangsaan yang bersidang pada 6 September 1995 telah memutuskan bahawa ahli antihadis adalah merupakan golongan sesat yang menyeleweng dari segi akidah, syariat dan akhlak Islam. Keputusan muzakarah fatwa berkenaan telah diedarkan kepada negeri-negeri untuk difatwa dan diwartakan. Setakat ini lapan buah negeri telah memfatwakannya dan telah mewartakannya. Manakala negeri-negeri yang lain telah difatwa dan menunggu untuk diwartakan. Mana-mana kumpulan berkenaan yang masih melanggar fatwa negeri, maka negeri berkenaan boleh mengambil tindakan di bawah akta atau enakmen negeri masing-masing. Bagaimana pun keputusan muzakarrah fatwa berkenaan hanya membincangkan masalah penolakan hadis sebagai nas. Atau dengan ertikata lainnya mereka yang menolak hadis sebagai satu sumber hukum, bukan menolak hadis-hadis tertentu atau yang bersifat qauliah', 'fa'diah' ataupun 'taqririah'. Bagaimana pun sehingga kini keputusan muzakarah tersebut masih dipandang sepi kerana media masih bebas menjalankan aktiviti yang jelas bertentangan dengan perkara yang mempertikaikan sunah dan hadis Nabi. Keputusan muzakarrah fatwa yang tidak mengambilkira penolakan hadis tertentu atau penolakan sebahagian hadis dan menerima sebahagian yang lain merupakan laluan sukar untuk membendung kegiatan golongan antihadis ini yang pastinya akan menyembunyikan diri di sebalik hadis yang lemah yang mereka terimapakai seperti 'hubbud thoni minal iman' atau cinta negara sebahagian dari iman. Wallahu'alam. |